Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment
Dari kiri: Mohd Amdan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Morrison ketika sesi kunjungan hormat Menteri Australia itu ke Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA- Malaysia bakal menerima kapal peronda daripada kerajaan Australia menjelang pertengahan tahun depan bagi memudahkan usaha menangani jenayah penyeludupan manusia di perairan negara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Australia (Imigresen dan Perkhidmatan Perlindungan Sempadan), Scott Morrison ketika sesi kunjungan hormatnya ke atas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurdish, di sini, semalam.

Morrison berkata, pihaknya akan menghadiahkan dua kapal peronda yang mampu membuat rondaan penguatkuasaan 1000 batu nautika dengan kelajuannya 20 knot.

"Australia dan Malaysia bekerjasama erat dalam memerangi isu penyeludupan dan penggunaan bot terbabit sangat praktikal.

"Ia merupakan langkah strategik kerajaan Australia dalam menyekat kemasukan manusia ke negara transit ini, sebelum memasuki Australia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kapal peronda itu juga mampu membantu operasi mencari dan menyelamat yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Kita juga akan memberi bantuan dalam aspek penyediaan latihan bersama pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mohd Amdan menyifatkan kunjungan hormat Morrison semalam sebagai platform dalam usaha mewujudkan kerjasama dua hala serta membina hubungan yang baik antara Malaysia dengan Australia.

"Kita (Maritim Malaysia) sangat mengalu-alukan kunjungan mereka dan ia merupakan peluang serta landasan terbaik untuk menjalinkan kerjasama sedia ada, selain mendapat faedah jangka panjang," katanya.

0 comments:

Post a Comment