Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Terengganu berazam untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) daripada Selangor pada temasya edisi ke-17 di Perlis, mulai 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri komited dalam melahirkan atlet muda berpotensi termasuk menghantar mereka mengikuti latihan di luar negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat.

Pemain sepak takraw mengikuti latihan di Thailand dan pesilat di Batam, Indonesia, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran tahunan dan tajaan pakaian sukan Projek Akademi Sepak Takraw Terengganu (Pasta) di sini semalam.

Pada majlis itu, Pasta turut menerima gerakan tahunan kerajaan negeri berjumlah RM30,000 selain tajaan pakaian daripada penaja.

Pasta, yang ditubuhkan pada Mei 1999, menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini sebagai pusat latihan.

Pusat itu kini mempunyai 34 pelatih iaitu pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Terengganu menjuarai temasya Sukma sebanyak empat kali iaitu pada 2008, 2010, 2011 dan 2012.

Pada edisi ke-16 di Kuala Lumpur, tahun lepas, Terengganu menjadi naib juara di belakang Selangor yang muncul juara keseluruhan dengan pungutan 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment