Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Tiga lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM84,000 selepas menarik keluar dengan tali sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Politeknik Kota Baharu, Kok Lanas di sini hari ini.

Ketua Polis Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian kira-kira 5.15 pagi itu, suspek bertindak mengikat seutas tali pada mesin ATM itu, dengan hujungnya diikatkan pada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk menarik mesin berkenaan.

“Mesin itu ditarik dalam jarak 10 meter sebelum seorang daripada suspek menggunakan kuku besi membuka mesin dan melarikan wang tunai dari mesin berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

Menurut saksi kejadian, seorang suspek dilihat berada di dalam kereta pacuan empat roda berkenaan manakala dua lagi berada di luar.

“Saksi tidak berani untuk menghalang kerana mengesyaki penjenayah mempunyai senjata dan hanya memberitahu pihak kami selepas penjenayah meninggalkan tempat kejadian,” katanya.

Azham berkata gerakan memburu ketiga-tiga suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

“Kumpulan ini sangat profesional, mereka tidak mengambil masa yang lama dengan kelengkapan yang digunakan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment