Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 285 kotak mercun pelbagai jenama dalam serbuan ‘Ops Limau’ di sebuah rumah di Tranum, Raub tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, suspek berusia 60-an itu ditahan pada 12.15 pagi, Jumaat lepas.

“Hasil maklumat orang awam polis menyerbu rumah terbabit dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 285 kotak mercun pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM20,000 ditemui.

“Polis percaya suspek membekalkan mercun berkenaan kepada peniaga di sekitar bandar Raub,” katanya hari ini.

Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment