Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu sedia menghantar anak negeri ini dari mana-mana universiti yang berminat ke Antartika untuk membuat kajian dan penyelidikan di sana.

Mengumumkan demikian, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata tawaran tersebut bertujuan untuk melahirkan lebih ramai saintis Islam dari negeri ini yang membuat penerokaan mengenai Antartika.

Tawaran itu berbentuk fellowship dan kewangan, katanya.

“Sehingga kini hampir 50 orang saintis kita sedang membuat tesis di peringkat master dan ijazah doktor falsafah (PhD) mengenai Antartika.

“Ini merupakan satu peluang kepada kita kerana Antartika pada hari ini bukan milik sesiapa dan Malaysia telah menandatangani Antartic Treaty System (ATS) 1959 pada 2011 yang membolehkan kita turut sama terlibat dengan apa jua perkara di Antartika.

“Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan juga sehingga telah menghantar seramai tujuh orang saintis untuk membuat kajian di Antartika.

“Seorang saintis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekarang ini masih berada di sana untuk membuat kajian mengenai kehidupan marin di Pusat Penyelidikan Antartika kepunyaan Korea Selatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini selepas menamatkan lawatan ke Antartika yang bermula sejak 22 Januari lalu.

Menurutnya, kerajaan Terengganu juga turut terlibat secara tidak langsung dalam memberi sumbangan kepada kewujudan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan kerajaan Chile turut memberi sokongan yang penuh kepada Malaysia untuk membuat kajian di Antartika.

“Kerajaan Chile melalui Instituto Antartico Chileno (INACH) memberi sokongan yang penuh kepada Malaysia dan menawarkan sama ada Malaysia menggunakan stesen mereka untuk penyelidikan atau mengadakan kerjasama ataupun diberikan pilihan untuk kerajaan Malaysia membina satu tapak untuk membuat stesen sendiri.

“Kita antara negara Islam yang terawal menghantar saintis ke sana dan seorang saintis kita menjadi timbalan pengerusi kepada kira-kira 500 saintis berdaftar yang membuat kajian di Antartika.

“Ini suatu perkara yang menarik. Mereka percayakan saintis kita,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment