Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memanggil wakil daripada Indah Water Konsortium (IWK) Jumaat ini untuk memberi keterangan berhubung isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi yang didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata siasatan awal mendapati IWK merupakan penyumbang utama berlakunya pencemaran itu, manakala premis menjual makanan di kawasan berhampiran pula hanyalah penyumbang sampingan.

“Memandangkan ini adalah isu alam sekitar ia telah menjadi isu antarabangsa serta sangat mendesak, maka mesyuarat yang diadakan semalam bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan wakil IWK telah memutuskan beberapa perkara yang perlu diambil tindakan oleh IWK.

“IWK perlu menghentikan kerja flushing semasa melakukan penyelenggaraan atau menggunakan tangki untuk membawa sisa kumbahan ke loji kumbahan yang lain bagi tujuan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan bagi mengumumkan hasil perbincangan yang telah diputuskan semasa mesyuarat semalam.

Selain itu Chow berkata mesyuarat semalam juga memutuskan bahawa untuk tempoh jangka panjang, IWK perlu komited menaik taraf loji kumbahan di Batu Ferringhi kerana dikatakan loji sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan semasa.

“Bagi mengawal pencemaran ini juga JAS akan menjalankan pemantauan dan mengambil sampel air untuk diuji setiap hari secara berkala, manakala MPPP serta pejabat daerah pula perlu mengambil tindakan segera terhadap premis makanan yang menyumbang secara sampingan kepada pencemaran itu,” katanya.

Isu pencemaran sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak Isnin lepas mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (Escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Feringhi.

“Tentang dakwaan wujudnya bakteria e-coli masih belum diketahui dan mungkin akan diketahui Jumaat ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap IWK yang dihubungi berkata pihaknya bersedia berbincang dan memberikan keterangan kepada kerajaan negeri berhubung isu pencemaran berkenaan demi kepentingan sejagat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment