Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 16, 2014

No Comment

Rome- Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah bertunang dengan seorang gadis berusia 23 tahun meskipun bekas teman wanitanya mendakwa sedang mengandung anak kedua mereka.

Maradona yang merupakan bekas jurulatih bola sepak pasukan al-Wasl dari Dubai telah melamar teman wanitanya, yang hampir sebaya anaknya sendiri, pada Hari Kekasih, di sebuah hotel di sini.

Lamaran itu dibuat ketika Maradona berdepan dengan dakwaan Veronica Ojeda bahawa dia mengandungkan anak kedua dengan Maradona.

Ojeda memberitahu bahawa dia disahkan hamil Disember lalu selepas Maradona menidurinya di sebuah hotel di Buenos Aires.

Maradona bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan mendapatkan semula Maradona suatu masa nanti.

“Saya menunggunya dan cinta saya berkekalan,’’ kata Ojeda yang nyata masih menyayangi bekas bintang bola sepak itu.

Maradona, yang mula menjalin hubungan dengan tunangnya, Rocio Oliva pada 2013 dilaporkan telah menghantar mesej kepada anak perempuannya, Giannina “Orang lain yang tidur dengan Ojeda dan ia anak orang lain.”

Maradona dan Ojeda mengakhiri hubungan mereka ketika wanita itu sedang mengandung anak pertama mereka, Diego Fernando.

Kanak-kanak itu kini berusia setahun.

0 comments:

Post a Comment