Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor dengan cemerlang tetapi tidak mampu berhadapan asakan kuat musuh politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengarah Sekretariatnya, Isamuddin Sanusi berkata, asakan hebat musuh PKR yang penuh dengan tipu helah melangkaui bidang kekuatan Khalid menyebabkan Anwar dianggap sebagai pertaruhan terbaik PKR untuk memimpin Selangor pada waktu ini.

“Khalid telah menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan cemerlang, namun asakan hebat dari musuh yang penuh tipu helah melangkau bidang kekuatannya.

:Bagi mengekang kemaraan musuh ini, sosok Anwar menjadi pertaruhan terbaik untuk memimpin negeri Selangor dari asakan seteru,” dakwanya melalui satu kenyataan seperti disiarkan oleh portal pembangkang hari ini.

Justeru, Isamuddin menyifatkan Khalid amat berjasa kepada Selangor kerana memberi laluan kepada Anwar untuk memimpin negeri itu dan seterusnya menjadi faktor penyatu paling berpengaruh.

Sehubungan itu, katanya, SAMM mencadangkan supayaKhalid menjadi orang paling kanan dalam pengurusan kewangan di Selangor dan turut diangkat menjadi Pengarah Pilihanraya.

“Oleh itu SAMM menyokong cadangan meletakkan Anwar sebagai calon pakatan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti.

0 comments:

Post a Comment