Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah tersalah faham berhubung mesej video sambutan Tahun Baharu Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beliau mendakwa, Mohd. Shafie yang tidak memahami bahasa Kantonis dan Mandarin telah disalah maklumkan mengenai mesej video tersebut hingga membuat tuduhan melulu terhadap Teresa.

“Mohd. Shafie menuduh Teresa dalam rakaman video selama 11 minit itu mengejek penduduk Lahad Datu, Sabah berhubung pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo tahun lalu.

“Teresa hari ini menafikan video itu memperkecilkan pasukan keselamatan kerana dialog panel Feng Shui dalam video itu tidak menyentuh mengenai pencerobohan Lahad Datu sebaliknya merujuk kepada isu-isu keselamatan di Sabah seperti kes pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya tebusan kumpulan bersenjata di Sabah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kit Siang meminta Mohd. Shafie Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
meminta maaf secara terbuka kepada Teresa dan menarik balik tuduhan tersebut.

Media semalam melaporkan Mohd. Shafie mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Teresa kerana mempersendakan kredibiliti pasukan keselamatan negara berhubung insiden Lahad Datu.

Beliau dipetik berkata, rakyat Sabah mempunyai perasaan mendalam terhadap insiden pencerobohan itu dan menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Menurut media, video itu memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan.

Video itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut: ?But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire.” (Anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

0 comments:

Post a Comment