Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Boeing kini memulakan pemasangan  Next-Generation 737 pertama pada minggu ini pada kadar 42 kapal terbang dalam tempoh sebulan, peningkatan kira-kira 33 peratus sejak 2010.

Boeing berkata mekanik syarikat akan memasukkan bahagian asas utama bagi struktur sokongan dalaman di bahagian sayap, awal pagi Rabu ke dalam mesin spar-pemasangan. Spar merupakan langkah pertama dalam membina sayap dan penanda permulaan pemasangan kapal terbang di Renton, kilang Washington di Amerika Syarikat.

“Kenaikan kadar ini menggambarkan komitmen kami bagi membolehkan kapal terbang terlaris di dunia diserahkan kepada pelanggan kami secepat mungkin.

“Penambaikan kecekapan di kilang, kebanyakannya dibangunkan oleh kakitangan kami merupakan faktor terbesar mengapa kami berjaya untuk mempertingkatkan bilangan binaan kapal terbang kami,” kata Beverly Wyse, Timbalan Presiden dan Pengurus Besar, Program 737, Kapal Terbang Komersil Boeing dalam kenyataan hari ini.

Menurut Boeing, pesawat Next-Generation 737 pertama dijadual diserahkan  pada suku kedua, menambah kepada kadar pengeluaran 737 yang dijadualkan meningkat kepada 47 pesawat sebulan pada 2017. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment