Cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi semua 222 kerusi Parlimen berakhir hari ini apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengenepikan percubaan tersebut.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengatakan tidak sepatutnya pembangkang yang tewas melawan keputusan PRU13 di Mahkamah Sivil.
Ini bermakna, saksi tidak akan diarahkan untuk memberikan keterangan di mahkamah.
SPR mengatakan ia di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan keputusan pilhan raya tidak sah.
Pada 15 Julai lalu, PR menggesa mahkamah untuk mengenepikan keputusan bagi kerusi Parlimen dan membubarkan kepimpinan SPR serta mengadakan pilihan raya baru.
PR mendakwa langkah ini diperlukan kerana kegagalan dakwat kekal didakwa mereka sebagai penipuan besar dalam PRU13 lalu.
Selain daripada PKR, DAP dan PAS, plaintif lain dalam kes ini adalah Dr Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengundi Arifin Rahman dan R. Rajoo.
0 comments:
Post a Comment