Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Sarawak meminta kerajaan Malaysia mendapatkan penjelasan daripada kerajaan China berhubung dakwaan pencerobohan oleh Tentera Laut Rakyat China (PLAN) di perairan James Shoal di Laut China Selatan baru-baru ini.

Ketuanya, Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, dakwaan itu jika benar merupakan suatu pencerobohan serius ke perairan Sarawak apatah lagi ia melibatkan kapal perang.

“DPP Sarawak meminta kerajaan Malaysia mendapatkan penjelasan rasmi daripada negara China atas dakwaan pencerobohan tersebut.

“Ini jelas merupakan suatu tindakan tidak wajar ke atas kedaulatan negara Malaysia dan Sarawak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohammad Arifiriazul mendakwa, kesibukan pemimpin negara dalam berpolitik tidak sepatutnya menggadaikan kedaulatan Sarawak.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Januari lalu bagaimanapun menafikan dakwaan berlaku pencerobohan oleh PLAN di perairan James Shoal.

Panglimanya, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar sebaliknya menjelaskan, pemantauan dan risikan TLDM mendapati tiga kapal perang PLAN yang dalam latihan tidak memasuki perairan negara sebagaimana didakwa.

“TLDM mengetahui tentang kehadiran tiga buah kapal perang PLAN di kawasan perairan Laut China Selatan dan kita sememangnya memantau rapat pergerakan mereka tetapi tiada pencerobohan di James Shoal,” kata Abdul Aziz.

0 comments:

Post a Comment