Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

Mungkin agak sedikit terlambat bagi HTC untuk menerpa masuk ke industri jam pintar, namun menurut laporan Bloomberg, Pengerusi HTC, Cher Wang berkata bahawa syarikat tersebut telah mula mengintai teknologi jam pintar sejak beberapa tahun lalu dan kini mereka telah berjaya menyelesaikan masalah isu jangka hayat bateri yang dihadapi oleh kebanyakan peranti jam pintar yang berada di pasaran sebelum ini.

Wang berkata bahawa HTC juga memberi fokus kepada paparan LCD yang juga menjadi isu bagi kebanyakan jam pintar premium yang diperkenalkan kepada pengguna.

Walaupun masih tiada sebarang maklumat terperinci berkenaan dengan peranti yang dinyatakan, Wang berkata, peranti jam pintar HTC ini mungkin akan dilancarkan menjelang hujung tahun ini.

Sumber: Engadget

0 comments:

Post a Comment