Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua pihak mematuhi peraturan yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata ia termasuk tidak menggunakan isu moral dan video berbaur lucah untuk meraih sokongan pengundi.

Bagaimanapun, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mahu penguatkuasaan setiap peraturan pada PRK DUN itu dilaksanakan dengan berkesan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berkata pihaknya akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

SPR menetapkan PRK DUN Kajang diadakan pada 23 Mac dan penamaan calon pada 11 Mac.

Dalam pada itu, beliau turut menolak permintaan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok untuk menonton video ‘Onederful Malaysia’ yang diterbitkannya sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Sebaliknya Mohd Shafie menegaskan pakatan pembangkang yang kini menguasai Selangor harus memberi tumpuan kepada mentadbir negeri dan tidak merosakkannya.

“Jangan rosakkannya. Kita menghadapi pilihan raya ini bukan kerana kepentingan kita. Mereka mesti menyelesaikan masalah rakyat,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment