Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Darell Leiking senada dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyelar kandungan khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat lalu.

Seperti Kit Siang, Leiking mempertikaikan teks ucapan khutbah Jumaat berkenaan kerana didakwa menyebarkan maklumat kepada umat Islam bahawa penganut Kristian terlibat dalam menipu mereka.

Leiking menggesa Jakim membuktikan dakwaan ke atas Kristian yang dibuat melalui khutbah Jumaat tersebut dan satu siasatan dibuat oleh pihak berkuasa terhadapnya.

“Saya lihat dakwaan Jakim itu serius kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan syak wasangka antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Jika dibiarkan ia berpotensi mendorong ke arah konflik agama besar-besaran di negara ini,” dakwa Darell dalam satu kenyataan.

Beliau seterusnya menegaskan jutaan penganut Kristian dalam negara ini bosan dijadikan umpan untuk agenda politik pihak tertentu.

SiakapKeli kelmarin melaporkan parti Pembangkang sekali lagi mempertikaikan kandungan khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat lalu kerana didakwa tidak menyokong keharmonian antara agama di negara ini.

Kit Siang dipetik mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang menegaskan bahawa khutbah Jumaat tersebut bercanggah dengan usaha untuk mewujudkan perdamaian nasional di negara ini.

Teks ucapan khutbah Jumaat itu antara lain memetik Firman Allah SWT:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).” 

0 comments:

Post a Comment