Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan laut yang berlaku di Batu Ferringhi baru-baru ini.

Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya mendapat keadaan pencemaran di kawasan itu amat serius dan perlu ditangani segera supaya kesannya tidak merebak dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Air Sungai Batu Ferringhi bukan saja berwarna hitam tetapi juga berbau busuk. Air yang tercemar itu datangnya dari satu lokasi yang terletak lebih kurang 300 meter dari laut.

“SAM kesal dengan kejadian ini kerana ia bercanggah dengan slogan kerajaan negeri iaitu bersih dan hijau,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M.Mohamed turut meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat punca sebenar kejadian pencemaran tersebut.

Malah, katanya, laporan hasil siasatan yang dibuat itu perlu didedahkan kepada umum bagi meredakan kebimbangan orang ramai mengenai masalah yang berlaku.

Menurutnya, SAM percaya jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh kerajaan negeri dan jabatan- terlibat, impak negatif ke atas alam sekitar dan kebersihan kawasan pantai Batu Ferringhi yang menjadi tumpuan orang ramai akan menjadi lebih buruk.

“Selain itu pencemaran ini juga boleh mengancam hidupan laut dan menjejaskan kesihatan para pengunjung yang mandi manda di kawasan pantai sekitaran kerana air tercemar sudah tentu merebak.

“SAM berpendapat hukuman yang lebih berat wajar dikenakan ke atas pihak yang melakukan pencemaran itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment