PIHAK berkuasa Indonesia telah memberikan pembebasan secara parol kepada penyeludup dadah Schapelle Corby selepas meringkuk dalam penjara di Bali.
Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Keadilan Indonesia Amir Syamsuddin.
“Corby adalah beberapa orang dari 1,200 yang lain yang mana keputusan permohonan parol mereka sudah dimuktamadkan,” katanya yang enggan mengulas lanjut bila Corby akan dibebaskan.
Sejak kes berkenaan Cosby secara konsisten sepanjang perbicaraan dan prosidingnya, mengaku tidah bersalah dan kes itu mendapat liputan meluas media dan juga simpati daripada rakyat Australia.
Beberapa kumpulan wartawan dari Australia telah berkampung di Penjara Kerobokan yang terkenal di Bali tempat Corby dipenjarakan menjelang hari pembebasannya.
Kini, beberapa syarikat penerbitan kini berebut membuat bidaan untuk menerbitkan buku mengenai pengalaman Corby di penjara yang mana memungkinkan penyeludup dadah itu bakal menerima pulangan berjuta Dolar selepas dibebaskan. – IBNU K
0 comments:
Post a Comment