Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment
Suthep bersama sayap perwakilan Parti Demokrat ketika protes pilihan raya, kelmarin.

BANGKOK - THAILAND. Parti kerajaan Pheu Thai  (PT) memfailkan petisyen meminta pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membubarkan Parti Demokrat dan mengharamkan ahli jawatankuasa eksekutifnya daripada berpolitik selama lima tahun.

Petisyen difailkan oleh jurucakap Pheu Thai Prompong Nopparit diterima Timbalan Ketua Urusetia SPR, Amnuay Noysopha, semalam.

Prompong berkata, Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) diketuai Suthep Thaugsuban dan lapan pemimpin lain dari Parti Demokrat telah melanggar Perlembagaan di bawah Seksyen 68 dan ianya disahkan selepas Mahkamah Jenayah meluluskan waran tangkap terhadap Suthep kerana melakukan pemberontakan.

“Anggota PDRC telah menyelaras aktiviti keganasan dengan 25 ahli dari sayap Parti Demokrat. Mereka juga gagal memenuhi tatacara berpolitik seperti dalam Seksyen 94 Akta Parti Politik,” katanya.

Disember lalu, pemimpin kanan Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva bertindak meletak jawatan beramai-ramai bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk membubarkan Dewan Rakyat dan membuat pilihan raya baru dan kemudiannya diboikot oleh parti itu sendiri.

Semalam, laporan dipetik dari Bangkok Post, Parti Demokrat memfailkan petisyen meminta Mahkamah Perlembagaan membatalkan pilihan raya 2 Februari lalu kerana berlaku kepincangan dan penipuan.

0 comments:

Post a Comment