Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

26
Feb2014
No Comment

SKUAD sepak takraw Terengganu dikatakan meningkat selepas sebulan berlatih di Thailand.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT),  Mohd Shapian Ali berkata, 19 pemain di bawah kendalian jurulatih dari Thailand Vitaya Bonta memperoleh banyak pengalaman setelah mengikuti latihan dan kejohanan di sana sehingga minggu lepas.

“Kita telah mendapat kerjasama daripada beberapa buah persatuan sepak takraw seperti di Puket, Krabi, Nakon dan Hatyai untuk latihan tersebut. Masa duduk di sana, pemain dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada latihan kerana tiada gangguan daripada luar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pengalaman itu termasuk bermain dengan pemain kebangsaan Thailand bakal digunakan bagi menghadapi Sukan Malaysia di Perlis pada Mei ini.

Para pemain seterusnya akan ditempatkan dalam kem latihan di Kompleks Belia dan Sukan bagi mengekalkan prestasi mereka, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shapian berkata Terengganu akan mengambil bahagian dalam kejohanan sepak takraw belia kebangsaan di Perlis dari 27 hingga 30 Mac ini. – Bernama

0 comments:

Post a Comment