KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.
Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.
“Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.
“Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.
Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.
“Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR,” katanya.
Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.
Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.
“Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.
” Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi,” katanya.
Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.
Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.
Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.
“Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.
“Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee, sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah,” katanya.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.
Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.
Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. (Sinar Harian Online)
0 comments:
Post a Comment