Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 5, 2014

No Comment

Tak dapat dinafikan lagu-lagu cinta yang sedih mampu membuatkan seseorang mengalirkan air mata kesedihan.

Tapi biasanya, ia disebabkan lagu tersebut mempunyai nilai sentimental yang membuatkan pendengarnya terimbau kenangan silam.

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun bagaimanapun, dirakam bapanya menangis bagai nak rak selepas mendengar lagu cinta yang dipasang dalam kereta.

Apabila ditanya bapanya jika dia mahu lagu tersebut ditukar, Jackson enggan sebaliknya terus melayan lagu yang diputarkan dengan air mata berlinangan.

Hm, nampak gaya sejak kecil lagi Jackson dah ada potensi nak jadi mat jiwang.

Lagu yang menyentuh hati Jackson ini bertajuk Say Something yang dinyanyikan Kumpulan A Great Big World bersama Christina Aguilera. – REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment