Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment

PERNAHKAH anda terfikir yang anda berisiko besar untuk diragut sewaktu membayar untuk mengisi minyak di luar kaunter stesen?

Secara logiknya, berada di luar kenderaan dengan memakai barang kemas dan memegang dompet sememangnya mengundang kehadiran para peragut.

Video yang kami kongsikan ini merupakan contoh kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Seorang wanita yang sedang berada di luar kaunter tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki berhelmet yang kemudiannya meragut rantai yang dipakainya.

Wanita tersebut dilihat cuba melawan, namun mujurlah peragut tersebut tidak bersenjata.

Dia kemudiannya melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang rakannya.

Meskipun kejadian ragut sudah menjadi lumrah di negara ini, sekurang-kurangnya video ini dapat mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa jua keadaan.



0 comments:

Post a Comment