Marie Mills memangku bapanya yang berusia 77 tahun sambil menjerit meminta tolong apabila warga emas terbabit tiba-tiba rebah di sebatang jalan di Washington, Sabtu lalu.
Pejalan kaki berhampiran yang menyedari kejadian itu segera menyeberang jalan menuju ke balai bomba bagi meminta bantuan kerana anggota bomba diketahui telah dilatih untuk memberikan bantuan pertolongan cemas.
Apa yang berlaku, tiada seorang pun anggota bomba mahu berganjak dari balai mereka.
Sedangkan, terdapat juga seorang anggota bomba yang berada di luar balai bomba terbabit dan nampak orang ramai melambai meminta agar dia segera datang namun katanya, dia tidak dapat pergi melainkan selepas menerima panggilan kecemasan.
Akhirnya, ambulan tiba di tempat kejadian namun Cecil Mills disahkan mati di hospital kerana serangan jantung.
Apabila perkara yang menimpa mendiang bapanya ini didedahkan Mills kepada umum, Datuk Bandar Washington, Vincent Gray meluahkan perasaan terkejut dan meminta maaf kepada keluarga mangsa
Beliau berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan sepatutnya.
Sehubungan itu, dua kakitangan bomba digantung kerja sementara menunggu siasatan dijalankan. – REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment