Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiapkan sebanyak 29 kertas siasatan kes pembakaran terbuka untuk tindakan mahkamah.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, kesemua kes itu dikesan bermula 1 Januari hingga 20 Mac lalu.

“Secara keseluruhan sebanyak 2,402 kes pembakaran terbuka telah dikesan dan 29 daripada akan dikenakan tindakan mahkamah. Pembakaran terbuka itu melibatkan kawasan hutan sebanyak 527 kes, pertanian (775), industri (20), pembinaan (60), tapak pelupusan sampah (44), belukar (559) dan lain-lain pembakaran terbuka kecil (417).

“Bagi tempoh yang sama, sebanyak 130 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun dan 58 kes telah dikeluarkan Notis Amaran,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Palanivel dalam pada itu memaklumkan, Laporan Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) menunjukkan terdapat peningkatan ketara bilangan titik panas di seluruh negara termasuk di Sumatera, Indonesia sehingga 17 Mac lalu.

Laporan sama turut menunjukkan bilangan titik panas di Semenanjung Malaysia bagi tempoh sama sebanyak 1,347 titik panas berbanding  464 yang dikesan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, kemungkinan Semenanjung Malaysia dilanda jerebu merentas sempadan akibat insiden itu amat rendah.

“Ia kerana berdasarkan laporan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), corak tiupan angin dari negara jiran iaitu dari arah timur laut tidak menghala ke Semenanjung Malaysia

“Begitu juga corak pergerakan arah angin yang lemah dari kawasan titik panas Semenanjung Malaysia tidak menyebabkan jerebu di Wilayah  Riau, Sumatera Tengah, Indonesia,” katanya.

0 comments:

Post a Comment