Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

Sebanyak 13 buah negara diketuai Malaysia kini terbabit secara rasmi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing,  awal pagi Sabtu lalu.

Ia membentuk kekuatan 57 kapal dan 48 pesawat.

Korea Selatan antara negara terbaru mengumumkan akan menghantar bantuan. Perancis juga turut menawarkan bantuan hari ini.

Negara-negara lain yang turut terlibat adalah China, Singapura, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, New Zealand, Filipina, Australia, Jepun, Indonesia dan India serta Malaysia.

Dengan kekuatan mencecah puluhan buah kapal dan pesawat serta ratusan anggota, diharapkan misi pencarian akan segera bertemu dengan sesuatu petunjuk baru terhadap nasib kapal berkenaan.

Antara bantuan ialah dari pihak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang telah menghantar kapal kelas pemusnah, USS Pinckney, Arleigh Burke yang berpangkalan di San Diego dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370.

Menurut laporan ABC News, kapal canggih itu turut membawa dua helikopter yang boleh digunakan dalam misi tersebut.

Sementara itu, tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) turut menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter.

Difahamkan juga, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menghantar sebuah lagi pesawat bagi menyertai pasukan mencari, hari ini.

Mereka menghantar pesawat peronda maritim Fokker-50 untuk membantu operasi mencari dan mengesan di Selat Melaka.

Kerajaan Korea Selatan juga memutuskan untuk menghantar dua pesawat tenteranya menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang.

Kedutaan Korea Selatan di sini menyatakan Duta Korea Selatan di Malaysia, Cho Byung-jae, telah memberitahu Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai
keputusan itu hari ini.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 krew penerbangan dan kali terakhir dikesan radar adalah pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Kehilangan  pesawat yang dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu penerbangan, Fariq Abdul Hamid masih menjadi misteri sehingga kini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment