Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

KERAJAAN berkongsi beberapa data radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya tidak dikongsi atas sebab keselamatan kerana fokus utama kini ialah untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin berkata, pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan TUDM kini sedang bertungkus-lumus bekerjasama dengan agensi antarabangsa lain untuk menentukan data berkenaan adalah dari MH370.

“Kita sekarang sedang berkongsi maklumat yang tidak biasanya dikongsi kerana sebab keselamatan dengan agensi yang boleh membantu.. Kini maklumat yang diberi oleh pihak kami (Malaysia) sedang digunakan untuk siasatan.

“Saya berharap dalam masa dua tiga hari lagi, kita akan memperolehi kesimpulan dan saya akan maklumkan segera kepada media jika ada sebarang perkembangan,” katanya yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan dalam sidang media hari ini.

Hari ini sudah masuk hari ketujuh pesawat MH370 hilang dari radar selepas terputus hubungan pada awal pagi Sabtu ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat kendalian Kapten Zahari Ahmad Shah itu berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam dan terputus hubungan dengan radar pada pukul 2.40 pagi, menurut DCA.

MH370 membawa 227 orang penumpang dengan 12 anak kapal dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama namun  tidak mendarat seperti dijadualkan.

0 comments:

Post a Comment