Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa menahan 251 pendatang tanpa izin dalam Ops Tanduk yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang selama dua hari sehingga semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Deputi Superitendan Annuar Ali berkata daripada jumlah itu, 247 ialah warga Filipina (162 lelaki, 42 wanita, 19 kanak-kanak lelaki dan 24 kanak-kanak perempuan), manakala baki empat orang merupakan lelaki Indonesia.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa memeriksa 469 orang dengan kawasan sasaran penempatan setinggan, rumah kongsi dan tapak pembinaan serta premis perniagaan.

Sebahagian yang diperiksa dibebaskan kerana mempunyai dokumen termasuk sijil kelahiran bagi bukan warganegara yang berstatus penduduk tetap Sabah.

Operasi melibatkan 100 anggota dan pegawai Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment