Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 15, 2014

No Comment

KUCHING – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)  Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti-parti komponen BN Sarawak bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian.

Setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berpuas hati dengan taklimat yang diberikan oleh para pemimpin berkenaan berhubung persiapan jentera masing-masing bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mesyuarat tertutup kira-kira dua jam itu.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Sarawak, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Agung BN

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pencalonan bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 17 Mac manakala pengundian pada 29 Mac. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment