Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

SAO PAULO – Banjir yang melanda Parana, negeri di selatan Brazil mengorbankan 11 nyawa manakala ratusan lagi terpaksa meninggalkan rumah ke tempat perlindungan sementara menjelangnya Piala Dunia, esok.

Hampir 500 penduduk diarah berpindah di Curitiba, ibu negeri Parana yang turut menjadi kem pangkalan bagi penyandang juara, Sepanyol yang tiba Ahad lalu.

Nigeria dan Iran akan beraksi di Curitiba, di stadium Baixada Arena yang mampu memuatkan 43,000 penonton pada 16 Jun ini manakala Spain menentang Australia pada 23 Jun.

Pihak berkuasa melaporkan, enam orang terkorban akibat banjir sepanjang hujung minggu lalu dengan kebanyakan mangsa tinggal di pinggir bandar.

Banjir berkenaan menjejaskan kediaman lebih setengah juta penduduk, demikian menurut pegawai Jabatan Pertahanan Awam Brazil.

Setakat ini lebih 33,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, sama ada tinggal dengan sanak saudara atau di penempatan sementara.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment