Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk  pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.

“BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.

Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS).

Bagi penubuhan cawangan UPSI, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal.

“Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan yang begitu baik (dengan pembinaan cawangan UPSI)…. (cawangan) itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.

Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan turut menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan itu.

Katanya semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

“Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN.

“Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.

“Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran dari segi pembangunan sosio-ekonomi di kawasan itu,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment