Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

No Comment

Belo Horizonte (Brazil): Belgium bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk menewaskan Algeria 2-1 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan H di Estadio Mineirao, awal pagi ini.

Algeria mendahului seawal minit ke 25 apabila Sofiane Feghouli menyempurnakan sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh Jan Vertonghen.

Belgium yang mendominasi perlawanan bagaimanapun gagal memecah kebuntuan pada aksi babak pertama.

Bagaimanapun percaturan jurulatih Belgium, Marc Wilmots yang memasukkan pemain gantian, Marouane Fellaini membuahkan hasil apabila pemain tengah Manchester United itu menanduk masuk hantaran Kevin de Bruyne untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 70.

Giliran Belgium mendahului apabila Dries Mertens menyudahkan serangan balas yang dimulakan De Bruyne pada minit ke 80.
Algeria yang cuba bangkit mencari gol penyamaan gagal menembusi benteng Belgium yang dikemudi oleh Vincent Kompany.

BELGIUM: Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, Vincent Kompany (captain), Daniel Van Buyten, Jan Vertonghen, Kevin De Bruyne, Moussa Dembele, Nacer Chadli, Axel Witsel, Eden Hazard, Romelu Lukaku.

ALGERIA: Rais Mbolhi, Madjid Bougherra (captain), Faouzi Ghoulam, Rafik Halliche, Sofiane Feghouli, Carl Medjani, Nabil Bentale, El Arabi Soudani, Saphir Taider, Riyad Mahrez, Mehdi Mostefa.

PENGADIL: Marco Rodriguez

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment