Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Bookie yang terlibat dalam kegiatan perjudian bola sepak boleh di dakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, langkah itu adalah bagi membendung kegiatan perjudian terutama ketika berlangsungnya Piala Dunia 2014.

Menurutnya, pasukan polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan ini dan akan melakukan serbuan pada bila-bila masa.

“Polis telah meningkatkan strategi untuk menahan mereka yang terlibat dalam kegiatan ini,” katanya.

Roslee berkata, akta itu adalah langkah terakhir sekiranya mereka yang terlibat gagal di dakwa di mahkamah disebabkan kekurangan bukti. 

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment