Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Bosnia-Herzegovina akan membuat penampilan sulung pada kejohanan berprestij Piala Dunia menentang juara dua kali, Argentina yang diketuai salah seorang pemain terhebat antarabangsa pada aksi di stadium legenda Maracana, pagi esok.

Malah Bosnia tidak memerlukan bahan kimia untuk membangkitkan rasa teruja mereka sebelum turun menentang Argentina yang diketuai Lionel Messi.

“Hakikatnya kami berada di sini untuk pertama kali, kami melawan pasukan yang hebat, kami juga menentang pemain terbaik dunia… itu saja sudah memberi motivasi yang mencukupi,” kata jurulatih Bosnia, Safet Susic, hari ini.

Ini adalah perlawanan pertama di pentas Piala Dunia selepas 20 tahun Bosnia mencapai kemerdekaan pada 1995 berikutan peperangan saudara yang berakhir sehingga memecah-belahkan Yugoslavia.

Ia juga akan menjadi perlawanan Piala Dunia pertama di Stadium Maracana sejak Brazil tewas kepada Uruguay pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 1950, yang menjadi sejarah hitam bola sepak negara itu.

“Jika kita boleh memilih bandar atau kawasan atau stadium di mana kita harus bermain perlawanan pertama, kami tidak akan memilih yang lebih baik daripada Maracana dan Rio de Janeiro,” kata Susic.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment