Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini meluahkan kebimbangan terhadap keganasan di Mosul, Iraq yang kini dikuasai militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini, berkata Malaysia berharap keamanan dan kestabilan dapat dikembalikan segera di Mosul dan bahagian lain di utara Iraq yang turut diledak dengan keganasan.

Pada masa yang sama Malaysia mengecam keras tindakan militan menawan Konsulat Turki di Mosul serta menjadikan 49 stafnya sebagai tebusan.

“Malaysia menggesa semua mereka dibebaskan dalam keadaan selamat pada kadar segera,” katanya.

Anifah berkata Malaysia turut menyatakan sokongan kepada kerajaan dan rakyat Turki serta Iraq selain mendoakan keselamatan semua yang terjejas akibat keganasan di wilayah berkenaan.

Iraq kembali bergolak dengan keganasan selepas ISIL menawan Mosul, bandar raya di utara negara itu, awal minggu ini.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment