Gambar hiasan |
Kota Kinabalu: Dua rakyat tempatan berstatus ‘panglima’ diburu pihak keselamatan susulan tertangkapnya seorang suspek pengganas Sulu berpangkat ‘panglima’ dan lima yang lain dalam operasi khas di Kunak, kelmarin.
Harian Metro difahamkan kedua-dua rakyat tempatan itu dipercayai masih berada di negeri ini dan usaha menjejaki mereka dilakukan menerusi operasi bersepadu oleh pasukan perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit dikatakan tidak berada di lokasi ketika sepasukan Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melakukan serbuan di Kunak itu.
“Kumpulan terbaru ini didapati cuba menyebarkan kembali tuntutan terhadap negeri ini selain mahu mencetuskan kekacauan,” katanya.
Beliau berkata, modus operandi digunakan hampir menyamai kejadian pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Februari, tahun lalu.
Dalam serbuan kelmarin, enam individu, termasuk pasangan suami isteri dan seorang anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu ditahan antara jam 5.30 hingga 6 pagi di Kunak.
Serbuan itu turut menemui kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu serta dokumen berkaitan Kesultanan Sulu selain beberapa senjata tajam.
Sumber - myMetro
0 comments:
Post a Comment