Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Gambar Hiasan

Batu Pahat: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan RM500 seorang kepada 43,000 penoreh getah tidak memiliki kebun sendiri.

Bantuan wang tunai berkenaan mula dibayar kepada penoreh getah berkenaan pada Ramadan nanti.

Menurutnya, seramai 231,000 pekebun kecil juga akan menerima bantuan itu pada tempoh yang sama.

“Memandangkan harga getah berada di paras yang rendah, Kabinet membuat keputusan memberi sumbangan ‘one-off’ kepada penoreh getah tidak memiliki kebun yang mula dibayar bermula Ramadan ini.

“Bantuan ini akan disampaikan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8 Sri Gading di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurut Najib, bantuan itu membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin pada golongan yang memerlukan bantuan terutama masyarakat di luar bandar.

Sementara itu, Najib berkata Anugerah Desa Cemerlang akan dikenali sebagai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia dengan memperkenalkan empat kategori baru bermula pada tahun ini.

“Tahun ini empat kategori dipertandingkan iaitu Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang.

“Pertandingan ini diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat untuk memajukan kampung berdasarkan kemampuan dan acuan masing-masing,” katanya.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment