Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 21, 2014

No Comment



KUALA LUMPUR – Label haram untuk sesuatu produk lebih penting di Malaysia berbanding cop halal kerana negara ini merupakan majoriti penduduknya beragama Islam, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, melalui kaedah sedemikian, mana-mana pengeluar dan premis produk yang tidak halal seharusnya mempamerkan logo berkenaan di premis mereka.

“Dalam negara seperti Malaysia yang orang Islam merupakan majoriti, tidak perlu cop halal, kita perlu cop haram

“Yang halal sudah tentu banyak, yang haram sudah tentu sedikit, itu lebih selamat,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam hari ini.

“Takkan orang bodoh nak bubuh cop haram palsu,” katanya.

Asri berkata, dalam isu produk yang dikeluarkan pengilang dan mempunyai isu berkenaan kredibiliti halal mereka, pengguna tidak seharusnya cepat melatah.

“Tuhan tidak akan menghukum manusia yang buat kesilapan.

“Tuhan jadikan alam untuk manusia, kalau salah Dia ampunkan,” katanya.

Jelas Asri, berdasarkan konsep agama, semua benda adalah halal, kecuali dibuktikan haram.

“Jika seseorang menuduh sesuatu benda itu haram, maka dia kena buktikan benda itu haram,” katanya.

Umat Islam membentuk sebahagian besar komuniti rakyat di negara ini, sekitar 61% daripada 29 juta populasi rakyat Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia persijilan halal di Malaysia meliputi pelbagai produk.

Isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi mencetuskan kekhuatiran umat Islam apabila dua produk coklat syarikat itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA berkenaan.

Asri berkata, di samping bergantung kepada kredibiliti persijilan halal Jakim, umat Islam seharusnya sedar akan konsep keluasan agama.

“Apa yang Jakim cop halal sudah tentu halal, apa yang Jakim tidak cop halal belum tentu haram.

“Boleh kita bergantung pada cop halal, tetapi perlu ada keluasan agama,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment