Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 11, 2014

No Comment

Selepas hampir dua dekad dibubarkan, kumpulan rap terkenal, 4U2C bakal mengubat kerinduan peminat apabila salah seorang ahli kumpulan asal, Datuk AC Mizal menyatakan hasrat mencari ahli baru bagi satu projek khas yang kini sedang berjalan. 

Menceritakan mengenai projek khasnya itu, AC menjelaskan bahawa idea mengenai projek khas itu datang secara tiba-tiba dan tanpa dirancang.

"Saya tidak merancang langsung mengenai projek ini. Idea itu datang ketika saya sedang duduk dan terkenang masa lalu bersama 4U2C.

"Jadi, sebab itu saya mengambil keputusan untuk membuat projek khas ini dengan ahli  baru sekali gus mengabdi dan memperingati kenangan terhadap 4U2C. Lagi pun, projek ini juga adalah hadiah kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami," jelasnya. 

Kepada yang berbakat dan berminat untuk mencuba nasib menjadi salah seorang ahli kumpulan 4U2C, bolehlah menghantar video nyanyian dan tarian anda yang menyanyikan lagu-lagu 4U2C ke akaun Twitter AC, @datoacmizal atau menerusi akaun Instagram yang dikongsi bersama isterinya, @emyliarosenaida

Sumber: MediaHiburan.Karangkraf.com

0 comments:

Post a Comment