Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

One Comment


ANAK Farid Kamil dan Diana Danielle yang bernama Muhammad sudah pun hampir berusia satu tahun. Memang comel sangat-sangat Muhammad ini. Macam muka si emaknya. Putih pun putih. Kecik-kecik lagi dah nampak kehenseman, besar nanti confirm boleh jadi hero filem Malaysia. Kalau David Teo ada lagi masa tue, confirm dah kena sign kontrak awal-awal.

Umum mengetahui krisis yang sedang melanda antara Farid Kamil, Diana Danielle dan ibu Diana Danielle. Oleh kerana krisis tersebut, sehingga ke hari ini, Muhammad masih belum bertemu dengan neneknya. Sedih memang sedih, namun menurut Farid Kamil, Diana Danielle sendiri masih belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya. Kata Farid menerusi Harian Metro:-

Sebenarnya, saya tidak ada masalah untuk membawa Muhammad bertemu dengan neneknya. Malah, saya ada berbincang dengan Diana mengenai perkara itu, namun Diana sendiri memberitahu dia belum bersedia untuk berjumpa dengan ibunya itu. Insya-Allah, kalau ada rezeki pasti Muhammad akan bertemu juga dengan neneknya nanti.



Penulis yakin pasti akan ada jalan penyelesaian untuk krisis mereka bertiga ini. Agak sedih juga jika Muhammad tidak mendapat kasih sayang seorang nenek. Nenek kalau jaga cucunya, memang lain macam sikit. Pastinya Farid Kamil dan Diana Danielle tahu yang terbaik untuk anak mereka, sama-samalah kita doakan agar keputusan terbaik dapat dicapai kelak.

Sumber: NewMalaysianPost.com / Harian Metro

1 comments:

  1. aku rasa mcam ada satu badi kepada sesape sahaja yang menjadi gfriend dgn adik beradik farid. A) diana sejak couple hingga kahwin mmg x baik dgn ibunya, padahal ibunyalah yang berpanas berhujan , turun naik jumpa director dan tebalkan muka menahan malu untuk dapatkan dia job. pendek kata ibunyalah yang sanggup susah senang masa dia '0' dulu. skg nie bila dah dapt laki yang harapkan muka aje hensem tapi perangai no comment dan keluarga mentua yang ada2, mcm tu skali dia buat maknya. nauzubillah Diana & Farid , kita nie kat dunia macam roda dan skg nie pampasan yang kita dapat pun cash drNya. Ingatlah keluarga yang kaya raya dan muka yang hensem bukan jaminan penghuni syurga kalau tidak mengeratkan silatulrahim. B) Yana plak blom tentu akan berkahwin dgn Fadzil dah buat hidung plak. Hairan bin pelik nak kata mak bapak farid & fadzil nie tak berpelajaran jauh panggang dari api krn mereka tergolong dari para ilmuan. Ape mereka bebas menasihati ank org lain tapi dengan anak sendiri kelu lidah nak berbahasa atau dah ketandusan idea sebab dah byk sgt nasihatkan nak org lain. Mungkin inilah contoh terbaik yg patut dilihat bagi mengambarkan peribahasa 1 jari kehadapan 4 jari pulang kepada kita sendiri. Nauzubillah kepda perempuan2 nie.

    ReplyDelete