Didie atau nama lengkapnya, Fadzilah Mohd Ali, 42, melahirkan bayi seberat 2.92 kilogram itu secara pembedahan pada jam 3.35 pagi.
Didie yang dihubungi BH melahirkan perasaan syukur dan terharu kerana proses kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan keduanya dengan Norisham Ismail dipermudahkan Allah.
“Mengikut perkiraan doktor, saya dijadualkan bersalin pada 7 Julai ini, tapi apabila tanda untuk melahirkan anak muncul, suami segera membawa saya ke hospital.
“Disebabkan berdepan masalah pintu rahim yang lambat terbuka, doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, kami berdua sihat dan jika tiada sebarang masa, kemungkinan besar saya dibenarkan pulang ke rumah esok,” katanya.
Didie yang pernah dua kali menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebelum ini dikurniakan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan aktor, Ridzuan Hashim.
Sumber - Berita Harian
0 comments:
Post a Comment