Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

SAO PAULO – Gas pemedih mata pada waktu pagi, percikan bunga api di sebelah petang.

Itulah dua keadaan berbeza di Brazil ketika Negara itu memulakan langkah sebagai negara tuan rumah temasya bola sepak paling berprestij dunia, Piala Dunia FIFA 2014, awal pagi tadi.

Ia diselubungi dengan insiden rusuhan antara penunjuk perasaan dan polis di Sao Paulo, sebelum disusuli sambutan besar-besaran di sepanjang jalan apabila “selecao” menumpaskan Croatia 3-1.

Bunga api memercik cahaya warna warni di ruang angkasa bandar raya mega itu bagi setiap gol yang dijaringkan pasukan tuan rumah selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1 kepada Crotia di Stadium Corinthians Arena.

Sebaik tamat perlawanan, bar dan restoran melimpah di jalan raya dipenuhi penonton dan peminat Brazil meraikan kemenangan.

Kedai farmasi menukar siaran di premis kepada siaran langsung perlawanan bola sepak.

Pekerja stesen minyak duduk di kerusi plastik sambil menonton televisyen krin leper.

Selepas berbulan negara itu dilanda tunjuk perasaan kerana tidak puas hati dengan wang yang dilaburkan untuk menganjurkan temasya itu lebih AS$11 bilion, hari ini sesetengahnya kini menonton dan meraikan kejayaan skuad bola sepak negara itu mencipta kemenangan pertama.

“Kejayaan ini akan menyemarakkan lagi semangat kepada semua rakyat Brazil,” kata Jonathan de Jesus Silva, 21, penuntut kejururawatan sambil menyarung jersi Brazil yang melompat dan menjerit-jerit bersama rakannya.

“Kegembiraan ini akan membantu melegakan hati kami,” kata Vera Lucia, 53, seorang pekerja bank dengan mamakai topi kuning.

“Meskipun wujud protes dan tidak puas hati, rakyat Brazil masih mempercayai bola sepak. Di sini kami berasa dan semua menyokong skuad kebangsaan,” kata Vanessa Silva,31, yang memakai skaf kuning dan hijau iaitu warna skuad Brazil.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment