Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

Walaupun ketika ini beliau sibuk dengan persiapan projek terbaru terbitan produksinya (Tall Order Productions) iaitu ‘Supermokh Sebuah Musical Re-staging’, dalam diam-diam rupanya pelakon dan penerbit kacak, Hans Isaac juga sedang giat membuat persiapan dan berlatih untuk bertanding di Kejohanan Golf Amatur Dunia (Turkish Airlines World Amatur Open).

Difahamkan, kejohanan tersebut akan berlangsung pada November depan dan Hans adalah satu-satu wakil tunggal yang akan mewakili negara pada kejohanan yang akan diserta sebanyak 72 buah negara seluruh dunia itu.

Tidak hairanlah jejaka berusia 43 tahun ini kelihatan sedikit gelap ketika ditemui pada sidang media ‘Supermokh Sebuah Musical Re-staging’, bertempat di Menara CIMB, KL Sentral, semalam.

“A’ah, kulit saya gelap sikit. Sebenarnya saya sekarang tengah berlatih untuk kejohanan dunia pada 9 hingga 16 November ini.

“Masa saya banyak dihabiskan di KLGCC dan di Mines. Saya ada lebih kurang 5 bulan lagi untuk berlatih”, katanya yang mempunyai 4 handicap.

Mengidolakkan pemain golf seperti Gary Player dan Adam Scott, kata Hans, dia sudah berjinak-jinak dengan sukan golf ini sejak lama dahulu.

Menurut Hans, dia tekad mahu meraih kejayaan sebagai juara di kejohanan itu nanti kerana sekiranya dia berjaya bergelar juara, dia punya peluang untuk bermain dengan pemain golf profesional terkenal dunia iaitu Tiger Woods.

“Peringkat yang saya bertanding ini adalah peringkat amatur. Tapi kali ini saya memang betul-betul target nak menang. Kalau saya menang sebagai juara, saya ada peluang main dengan pemain profesional, Tiger Woods. Memang dah lama saya impikan nak berain golf dengan beliau”, ujarnya dengan nada teruja.

Penuhi Hasrat Sultan Selangor

Sementara itu bercerita tentang ‘Supermokh Sebuah Musical Re-staging’, Hans berkata, beliau sama sekali tidak menyangka yang teater Supermokh yang dipentaskan pada tahun lalu bakal dipentaskan semula.

Ekoran sambutan yang cukup mengalakkan daripada penonton dan juga permintaan rasmi daripada Sultan Selangor sendiri yang mahu kisah lagenda bola sepak terkenal tanah air ini, lantas telah memberi keyakinan pada dirinya juga para pelakon untuk mempersembahkan semula teater ini.

“Pihak kami sangat berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri mahukan teater ini dipentaskan semula. Pada pementasan lalu pun kita mendapat respon yang baik daripada para penonton dan ahli keluarga Mokhtar Dahari sendiri.

“Tidak banyak perubahan dari segi jalan ceritanya malah barisan pelakonnya juga dikekalkan. Tetapi bagi yang pernah menonton Supermokh pada pementasan lalu, apa yang saya boleh katakan, pementasan kali ini lebih banyak peningkatan.

Dan saya harap kali ini lebIh ramai lagi generasi anak muda yang datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahu kisah lagenda kebanggaan negara ini”, katanya.

‘Supermokh Sebuah Musical Re-staging’ dibarisi oleh Awie sebagai teraju utama serta pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236.

Sumber: Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment