Rio De Janeiro: Penyerang Uruguay, Luis Suarez jelas terpaksa membayar harga mahal di sebalik tindakan bodohnya menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellin apabila digantung sembilan perlawanan berkuat kuasa serta merta oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Penyerang kontroversi itu juga digantung daripada terbabit dan menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dikenakan denda AS$111,000 (RM355,000).
Malah tindakan itu bermakna Uruguay terpaksa melupakan khidmatnya apabila beraksi menentang Colombia dalam pusingan kalah mati, awal pagi Ahad ini.
“Tindakan seperti itu tidak boleh diterima di mana-mana perlawanan bola sepak, terutama di Piala Dunia FIFA, ketika jutaan peminat sedang menyaksikan bintang mereka beraksi di atas padang.
“Dalam menilai kes ini, jawatankuasa tatatertib FIFA sudah mengambil kira pelbagai faktor dan tahap kesalahan yang dilakukan oleh Suarez berdasarkan kod yang diperuntukkan.
Luis Suarez
Sumber: BH Online
0 comments:
Post a Comment