Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

WASHINGTON – Iraq meminta bantuan udara Amerika Syarikat bagi memerangi pemberontak sunnah selepas kumpulan itu menawan beberapa bandar utama dalam kemaraan pantas yang menghancurkan tentera kerajaan syiah.

Namun, Jeneral Martin Dempsey, Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS, tidak memberi jawapan apabila ditanya pada pendengaran Kongres sama ada Washington akan bersetuju dengan permintaan itu.

Baghdad menyatakan ia mahu serangan udara AS ketika puak pemberontak yang diketuai pejuang Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), mara ke kawasan penapisan minyak terbesar Iraq.

Presiden Iran pula menyatakan kemungkinan campur tangan dalam peperangan sektarian itu yang mungkin merebak ke seluruh Asia Barat.

“Kami menerima permintaan daripada kerajaan Iraq untuk bantuan kekuatan udara,” kata Dempsey semasa pendengaran Senat di Washington.

Ditanya sama ada AS patut memenuhi permintaan itu, beliau berkata: “Ia adalah kepentingan keselamatan negara kita untuk memerangi ISIL di mana sahaka kita menemui mereka.”

Menurut pegawai AS, permintaan Iraq itu termasuk serangan dron dan peningkatan pemantauan dron yang sudah mengawasi negara itu sejak beberapa waktu lalu.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment