Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014


Curitiba (Brazil): Penyerang kelab Portugal, Sporting Clube, Islami Slimani mengangkat tangan dan kemudian sujud selepas jaringan penyamaannya buat Algeria menerjah masuk ke jaring Russia, pada saingan Kumpulan H, di Arena da Baixada, awal pagi ini.

Jaringan Slimani itu yang kekal sehingga tamat perlawanan akhirnya melakarkan sejarah baru buat Algeria apabila layak buat pertama kali ke pusingan 16 pasukan dan juga sejarah buat Russia - tewas di pusingan pertama. 

Kejayaan itu menyaksikan Algeria yang menduduki tangga kedua kumpulan dan mengiringi johan Kumplan H, Belgium, bakal bertemu juara Kumpulan G, Jerman, 1 Julai ini. 

Algeria yang tersentak dengan gol pendahuluan Russia memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-60 apabila Slimani menanduk masuk gol keramat itu selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Brahimi.

Russia membuka jaringan pada minit keenam menerusi Kokorin yang melakukan tandukan selepas menerima hantaran silang jauh daripada pemain pertahanan, Kombarov. 
Pada pertemuan penentuan itu, kedua-dua jurulatih Algeria - hanya perlu seri - dan - Russia - memerlukan kemenangan - melakukan perubahan pada kesebelasan utama mereka.

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic menggantikan ketua pasukannya, Madjid Bouguerra dengan Esseid Belkalem manakala Rafik Halliche diberikan tanggungjawab menggalas tugas yang ditinggalkan itu. 

Pengurus Russia, Fabio Capello pula menyenaraikan penyerangnya, Aleksandr Kerzhakov - jaring gol tunggal ketika seri 1-1 dengan Korea Selatan - bagi menggantikan Maksim Kanunnikov. 

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment