Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014



Sao Paulo (Brazil): Harapan terakhir benua Asia untuk memiliki wakil di peringkat kedua Piala Dunia hampa apabila Korea Selatan kecundang 1-0 kepada Belgium dalam saingan Kumpulan H di Arena de Sao Paulo, awal pagi ini.

Lebih mengecewakan, kejohanan dunia kali ini adalah prestasi terburuk wakil Asia -Korea Selatan, Iran, Jepun dan Australia sejak Piala Dunia 1990 kerana tidak mencatat sebarang kemenangan. 

Jurulatih Belgium Marc Wilmots melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama yang menundukkan Rusia sebelum ini dan mendominasi perlawanan pada babak pertama sehinggalah pemain tengah, Steven Defour dilayangkan kad merah kerana mengasari Kim Shin-wook. 

Korea Selatan yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua mula mendapat rentak pada babak kedua dan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya menerusi gandingan Son Heung-Min dan Kim Young-Gwon.

Namun, harapan Taeguk Warriors untuk menjadi satu-satunya wakil Asia di pusingan kedua musnah apabila Jan Vertonghen menjaringkan gol selepas rembatan Divock Origi ditampan penjaga gol Kim Seung-gyu.

Belgium menjuarai Kumpulan H dengan sembilan mata dan akan menentang Amerika Syarikat di Arena Fonte Nova, Salvador, 2 Julai depan. 

Sumber - myMetro


0 comments:

Post a Comment