Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini enggan mengulas lanjut bersabit laporan polis oleh beberapa badan NGO berkaitan isu coklat Cadbury baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Razali Shahabudin sebaliknya berkata, isu berbangkit mengenai DNA babi dalam coklat Cadbury hanya boleh diulas oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

“Saya tidak boleh komen perkara tersebut, ketua pengarah sahaja yang ada kuasa.

“Mintak maaf, saya memang tiada kuasa untuk menjelaskan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Konvoi Amal MyGMJ (Global March to Jerusalem) di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Rabu lalu, beberapa badan NGO Melayu yang diketuai oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) telah membuat satu laporan polis terhadap Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan percanggahan hukum terhadap dua coklat tersebut.

Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah, di Balai Polis Dang Wangi bagi mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Jakim dan KKM.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun kemudiannya mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan.

Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment