Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

IPOH – Seorang penuntut lelaki sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditemui mati selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai runcit di Jalan Kempas 3 B, Proton City dekat Tanjung Malim di sini malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam, mangsa R Aris Muniandy, 20, ditemui terbaring dalam tandas di kedai runcit berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Abdul Jamil Mowplause, berkata pihaknya terpaksa memecahkan pintu belakang kedai berkenaan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam stor.

“Mangsa tidak dapat menyelamatkan diri kerana api marak di bahagian hadapan kedai dan menyukarkannya membuka pintu stor berkenaan manakala pintu belakang kedai terkunci,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat mangsa ditemui tidak rentung dan kemungkinan mangsa mati disebabkan sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

“Bapa saudaranya yang turut berada di dalam kedai itu menyelamatkan diri melalui pintu hadapan,” katanya.

Abdul Jamil berkata, mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dipercayai datang ke kedai runcit milik seorang lagi bapa saudaranya itu untuk membantu sementara cuti semester.
Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan 90 peratus kedai berkenaan musnah dan api dapat dikawal 20 minit selepas kejadian.

“Kedai runcit itu terletak di bahagian bawah rumah kedai dua tingkat, namun kebakaran tidak merebak ke kedai-kedai yang lain,” katanya.

Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Slim River dan Proton City dikerahkan ke tempat kejadian, katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment