Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

TAWAU – Sebuah syarikat perladangan kerugian RM835,603 selepas pemandunya dirompak dua lelaki berhampiran sebuah bank di Fajar, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Keong Ho Eng, berkata ketika kejadian kira-kira 11.10 pagi, pemandu berusia 39 tahun itu diarah mengambil wang tunai untuk dihantar ke lokasi lain oleh kerani syarikat berkenaan yang telah mengeluarkan wang tunai itu dari sebuah bank.

Beliau berkata, setelah pemandu itu mengambil beg berisi wang tunai RM835,603 daripada kerani itu, dia terus meletakkan duit berkenaan di tempat duduk belakang kereta.

“Pada masa itu, datang dua lelaki memakai topi besbol dan membawa senjata dipercayai sebatang besi yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta lalu mengarahkan pemandu itu supaya memandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keong berkata, pemandu itu kemudian diarah menuju ke jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau sebelum diikat dan ditinggalkan di kawasan tersebut.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup kedua-dua suspek itu didapati berada 20 minit di kawasan kejadian,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment