Johor Bahru – Kapal dagang yang berdaftar di Monrovia, Liberia, ditahan selepas didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, di sini, tengah hari semalam.
Kapal berkenaan dikesan pasukan peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilauah Selatan yang sedang menjalankan Ops Satria Selatan pada 12.50 tengah hari.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Aminuddin Abd Rashid dalam satu kenyataan media berkata, kapal berkenaan dikesan bersauh di kedudukan 1.8 batu nautika di barat daya Tanjung Piai.
Menurutnya, kapal berkenaan yang membawa 22 anak kapal warga Taiwan dan China itu didapati gagal melaporkan ketibaannya kepada Pengarah Laut Malaysia dan gagal membayar dius api.
Menurutnya, pemilik kapal boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953.
Sumber: myMetro online
0 comments:
Post a Comment